Kami di Hospital Seri Botani memahami bahawa perubatan kecemasan boleh berlaku pada bila-bila masa. Justeru itu, kami menawarkan Perkhidmatan Kecemasan 24/7, dilengkapi dengan kemudahan dan dikendalikan oleh pasukan perubatan profesional yang berdedikasi untuk menyediakan penjagaan dengan kualiti terbaik.
Kami menekankan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, kemudahan inovatif dan teknologi perubatan terkini untuk penjagaan khusus.
Kami berusaha untuk mencapai visi kami dengan menyediakan kesesuaian penjagaan kepada setiap pesakit kami, menggunakan teknologi terkini untuk diagnosis dan rawatan perubatan, dan akan terus menambah baik kemudahan dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pesakit kami.
Di Hospital Seri Botani, Unit Perkhidmatan Kecemasan kami dikendalikan oleh profesional perubatan mahir yang berdedikasi untuk menyediakan penjagaan prihatin terutamanya semasa krisis. Kemudahan canggih dan teknologi perubatan kami membolehkan kami mengendalikan pelbagai jenis kecemasan perubatan, daripada kecederaan ringan kepada keadaan yang mengancam nyawa.
Pasukan doktor, jururawat dan kakitangan sokongan kami bekerjasama untuk menyediakan penjagaan yang tepat pada masanya dan berkesan yang mengutamakan keperluan anda. Kami faham bahawa kecemasan boleh menumbulkan tekanan dan membebankan, dan kami komited untuk menyediakan persekitaran yang tenang dan dapat membantu anda berasa selesa.
Sama ada anda berhadapan dengan kecemasan perubatan atau memerlukan penjagaan segera, Unit Perkhidmatan Kecemasaan kami sentiasa bersedia untuk anda. Di Hospital Seri Botani, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk ruang asthma, suite bersalin, unit rawatan rapi, dan dewan bedah yang serba lengkap.
Owned by Hospital Seri Botani Sdn Bhd
(201201029978) (1014465-K)
No. 3, Dataran Botani 2,
Bandar Seri Botani,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia